thank you for reading this piece of craps.

Tuesday, July 20, 2010

gLee

Sunday, May 16, 2010

pagi pertama

fuhh! cm entry pagi raya plak. hehe berseorangan macam anak perantau.:P hmm sunyi lah. room mates tak balik-balik dari petang semalam. hadoii manalah dorang pergi? so katil dia diinapi oleh annoying girl dr seberang. shit! menyusahkan aku jer. da r pemalas bengong jer en? hmm okay2 aku tak nak menyepahkan entry nie dengan cerita dia. so, class hari ini strat on 11.30 am till 2 pm. woahh so pepagi updates apa yang patut, hehe baru pergi kelas.


owhh! im late! kena pergi sekarang nieh! i mean nak siap ape bagai. pastuh nak tunggu bus g. nak berjalan lagi. memang pfft ar kan! hehe okaylah catch you later! btw, im super hungry!

kolej melati

esok aku akan daftar utk sub interseai. hmmm okay aku akui aku bodoh. hmm nak wat caner lah kan? aku x minat subject accounting. tp aku kena juga belajar accounting. -____-" rasa nak jerit-jerit! tak suke! xsuke! btw, aku sekarang living kat kolej melati uitm shah alam. hmmm sabar jelah. im hoping that im roomates yg sekarang nie sedang p makan tuh seorang yang bek. i mean not only baek but, ngan with me. insyaAllah

Tuesday, May 11, 2010

pertemuan dan perpisahan

pertemuan dan perpisahan merupakan lumrah kehidupan. yeahh, sgt happy diri ini selepas bertemu dengan orang yang baru. tapi bila ku tersedar, aku mulai takut untuk berhadapan dengan perpisahaan. yeah perpisahan itu perit dan pedih. setelah lama menyulam persahabatan, perpisahan berlakau. tak kira lah dar perlabagai aspek perpisahan. sama ada bergaduh ker, berpindah ke, berpecah ke, mati ke, dan banyak lagi faktor-faktor lain. hmmm aku takot. aku lembih, aku lemah untuk berhadapan dengan PERPISAHAN! ia perit! sangat perit. aku cuba buat-buat cool tapi, aku fail. fail to be a cool girl. i am not strong enough facing the truth! hmmm god please help me

Monday, May 10, 2010

short course


ACCOUNTING




okay2 anda mesti tataw en? anguk-angguk! gahahaha erm, actually i should tulis ia sebagai INTERSASI. haduhh malu-maluu! kene repeat paper accounting:( owh accounting, boleh x kau senang sikit? please please tolong senang and mudah. aku dah bagi all out dah. tapi hmmm sia-sia jer.

okay bye! nak anges jap.

p/s: sape taw pasal intersasi nie? ada cadangan mcm mana nak excellent dlm acc? hmmm. bikin wa nanges gila-gila dgn ini accounting!

Thursday, May 6, 2010

owh alamanda



okay sem break sudah bermula. mulalah kita melihat para pelajar UiTM clearance and membawa keluar berkotak-kotak barang dari bilik. okay sangat funny. nak tinggal for 6 months jer. tapi barang kalau boleh, nak bawak satu rumah jer. cicici. so i nak meluahkan rasa rindu i kat alamanda. which is my kolej kediaman. huhhh! x penah dengar? how sad! hmm biasa lah kami ni first and last batch kat sini. kami tinggal disini dan belajar disini. okay, i explain kat u all eyh.

nama kampus ni adalah kampus bandaraya kuala lumpur (KBKL). kami bukan kampus cawangan okay. bukan! kami kampus satellite uitm. kami sama sahaja dengan kampus-kampus satellite yang fames tuh sperti kampus pahang and melaka . kampus kami terletak di jalan kelang lama. and kami adalah pelajar uitm bukan pelajar uitm yang menumpang di ipts. we are originally uitm student. so, jangan lah cakap kami ni bukan-bukan. sedih taw. courses yang ada kat dalam kolej ni adalah diploma in business studies(DBS) and diploma in banking(DIB). kolej kediaman kami bernama kolej alamanda. dalam kolej alamanda ini, terdapat pelajar-pelajar dari 3 courses yang menginap iaitu DBS, DIB and CS (diploma in computer science). pada tahun lepas 2009 dan tahun-tahun sebelumnya, kolej kediaman ini di duduki oleh pelajar CS and HS (health science) tapi mereka tidak belajar di KBKL. mereka belajar di kampus beringin(CS) dan di kampus jalan othman(HS). so pelajar DBS and DIB lah pelajar pertama dan terakhir yang belajar di KBKL.


pelajar DBS and DIB tidak perlu bersusah payah nak naik bus pergi ke kampus macam dak2 HS and CS. kitorang hanya perlu turun dari lif, jalan sikit pastuh masuk kolej. alaaa, jalan pun x lama. seminit jer kot. yang buat lamanya adalah lif. yerlah 2 lif satu block. setiap block dengan ketinggian 24 tingkat. can u imagine when the lift is broke down? kalau rumah di tinggkat 24? kenelah menapak pelan-pelan. sedih! kolej alamanda mempunyai 2 banggunan hostel. block A didiami oleh sisiwa dan Block B didiamai oleh sisiwi. hostel kami merupakan sebuah apartment 4 rumah satu tinggkat


kami juga beruntung kerana kami merupakan pelajar UiTM yang paling mewah kerana kami tinggal di dalam sebuah apartment utk 12 orang satu rumah dengan 3 bilik (bilik A:6org,bilik B:4org,bilikC:2orang) dan 4 bilik air. memang kami sangat beruntung. bahkan kami tinggal ditengah-tengah bandar kl. okay nak pg mana-mana sangat senang. bus, lrt, monorail fuhh! dekat jer! cakap nak pergi mana kat kl tuh, rasa nya, semua alamandarian sudah jelajah.


kami dikatakan pelajar-pelajar UiTM yang paling nakal sekali. memang, kami nakal and berani walau bagaimana pun, kami tak macam pelajar-pelajar UiTM yang lain yang hanya belajar and tak kenal satu sama lain. kami lain. kami belajar and at the same time, kami berkawan. semua adalah kawan. no boundaries. spirit kami kuat. macam-macam pernah berlaku kat kami selama tinggal disini. sedih, suka, duka, gembira, keteganggan, kebencian, havoc, puasa, raya and macam-macam and banyak-banyak lagi pernah berlaku kat kami.

kami ada satu jer cafe kat kampus. cafe,??mahallah! last choice kami adalah acik jual kopok lekor, takpun, acik yang lauk mcm x laku tuh, x pun acik khemah besar, x pun cik bedah yg fofuler. acik jual air yang ashik jual air yang sama jer. itu waktu tgh hari. waktu malam, kedai jaber, kedai kak suzi, kedai mak adalah 3 kedai makan yang terdekat dengan kami.

owh ini dari yusak, sedih okay!

click gambar utk tumbersaran

hmm apa motif entry kali ini? kerinduan ini akan berlaku kerana kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. kumpulan A pergi ke kampus kuala pilah. mereka dr DBS yang dpt 3 pointer and above sahaja. mereka juga di target untuk fast track. manakala DBS below 3 pointer and pelajar-pelajar DIB, semua kena pergi kampus khazanah alam. kat mana? x penah dengor ker? jengka weyh!

resipi (recipe):udang mentega (butter prawn)

okay seperti yang dijanji kan semalam, i nak revealed my another recipe. udang mentega. yeah my udang x sama macam butter prawn yang dijual di sekeliling anda. so jangan tanya kenapa ia different cz saya buat ikut cita rasa melayu. ceeewahh! ghahaha okay2 stop talking and get moving yaww!


bahan-bahan:

500 gm udang kupas kulitnya dan tggalkan ekornya sahaja
4 sudu mentega
secubit garam
serbuk roti (bread crumb)
2 sudu nestum
12 biji cili padi potong kecil-kecil
3 ulas bawang putih dicincang
4 tangkai daun kari


cara-cara:
  1. cairkan mentega dan gorengkan udang-udang anda sehingga berwarna oren atau pink.
  2. kemudian angkat dan toskan minyak udang tersebut
  3. baki menetega jangan dibuang okay. tumiskan bawang putih tadi
  4. masukkan juga cili padi dan daun-daun kari
  5. masukkan serbuk roti dan nestum. gaulkan semua bahan tersebut
  6. masukkan udang-udand tadi dan masak sebentar
  7. akhirnya, angkat dan hidangkan okay:)


so taraaaaaa ini lah udang tadi. sedapp rasa pedas-pedas lidah melayu tuhh! :P






resipe lagi!

owh hurm actually i should post this recipe today. but im so tire to post entry that is 1 feet long (gahaha tipu je) so esk lah tulis k. good night!:)

im mad! hey, chill lah!

okay today mad gila. haha ntah apa angin senyonyong pun tah. tiba-tiba rasa nak mengamuk jer. hmm maybe penat kot today. sangat penat cz jalan2, driving lagi. penat lah. okay tiba-tiba sampai satu part, sambil-sambil drive after hantar otomen gegirl tuition, i pun on my music player. and lagu happy by never shout never hmm tiba-tiba rasa sedih pulak. teringat mr bright who is my best friend. Mr bright, bagi lagu ni kat i.





dear Mr bright,
i am sorry for all mistakes that i have done to you and for the hard time you have been through with me. im a troublesome for you. im sorry. kita kawan balik boleh tak?






Monday, May 3, 2010

resipi (recipe): nasi ayam (chicken rice)

haha memang tiada kerja. owh well, memasak memang tak dapat ditolak, ditambah, didarab, dan dibahagi dalam hidup saya. saya sudah lama suka memasak oleh kerana itu saya suka makanan. eyh bukan-bukan saya suka makan! owh yeah foood loverrs man! haha siot jer statement. jujur gila! tapi itu x bermakna lah saya gemar makan makannan yang sedap-sedap dan sesedap seperti ayam kayepchi or burger mekdunal. owh noo! dengan rempah nya yang sedap, sehingga menjilat jari! tak pun ia bakal membawa senyuma seperti clown mekdunal. hehe:D owh okay stop it! dah banyak merapu. ok now i nak revealed my secret when i cooked chicken rice. hehe hope u enjoy cooking as i do yaww! (untuk 5 orang makan)

bahan-bahan:

a) sup (gunakan periuk yang lebih besar)

1. 5 ulas bawang putih diblend

2. 1 1/2 biji bawang besar(merah) diblend

3. 3 inch halia diblend

4. 2 ulas buah pelaga

5. 2 ulas bunga cengkih

6. 1 ulas bunga lawang

7. 1 batang kayu manis

8. 1/2 ekor ayam dipotong kecil

9. 4 sudu besar minyak

10. Sedikit Garam kasar

11. 1/2 kiub ayam

12. Air panas (mencukupi untuk dibuat sup, nasi dan sos)

13. Daun sup dan tomato untuk tambahan rasa

b)nasi

1. 4 pot beras

2. 2 sudu besar margerin

3. 3 helai daun pandan di simpul

c)sos cili

1. 1 sudu besar cili boh

2. 1 sudu besar sos tomato

3. 2 sudu besar sos cili

d)ayam

  1. 1. Ayam dari sup ditoskan
  2. 2. Kicap manis
  3. 3. Kicap masin
  4. 4. Sos tiram

cara-cara:

a) sup

1. panas kan minyak. masukkan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. goreng hingga naik bau sedikit

2. masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Tumis hingga naik bau wangi bawang.

3. Masukkan ayam dan perap seketika.

4. Masukkan air panas. (ini mempercepatkan ayam dan sup masak)

5. Masukkan garam kasar dan kiub ayam (tolong rasa sup anda. Jangan tawar atau terlebih masin kerana akan effect ur nasi and sos)

6. Tunggu sehingga sup mendidih dan tutup api

b) nasi

  1. 1. Basuh beras dan toskan.
  2. 2. Cairkan margerin dan gorengkan sekali daun pandan didalam periuk nasi
  3. 3. Masukkan beras
  4. 4. Tuangkan sup sedikit-sedikit kedalam periuk nasi.
  5. 5. Ukur sehingga ia sama tinggi dengan beras. Pastikan sup sudah sejuk okay. Nanti kang melecur jari:P
  6. 6. Masak nasi seperti biasa menggunakan rice cooker

c)sos cili

  1. 1. Gorengkan cili boh tanpa minyak sehingga garing sedikit
  2. 2. Masukkan sos cili dan sos tomato
  3. 3. Bubuh sup mengikit cita rasa. Kalau nak sos banyak, letak bnyak sedikit sup. Kalau nak sedikit, letak sedikit.
  4. 4. Kacau sehingga mendidih

d)ayam

  1. 1. Masukkan ayam kedalam besen
  2. 2. Tuangkan sedikit kicap masin, manis dan sos tiram
  3. 3. Gaulkan
  4. 4. Perap selama 30 min
  5. 5. Goreng “deep fried”

Extra: tambahkan daun salad, tomato yang dipotong dan timun jepun(tak pahit)



taraaaatatatataaaaa, haha ini lah nasi ayam citarasa saya! :D






resipi (recipe): bubur ayam (chicken porridge)

okay i bosan. so bored today. so i decided nak masak bubur ayam for my lil brother. his favourite food man! haha. so i nak shared cara masaknyer k. (makan untuk 2 orang)


bahan-bahan:
  1. 1 ulas bawang putih dihiris
  2. 1/2 ulas bawang merah dihiris
  3. 1/2 inch halia buang kulitnya
  4. sepotong daging ayam didadu
  5. i biji ubi kentang dipotong dadu
  6. 1/2 lobak merah dipotong dadu
  7. 2 genggam beras basuh dan toskan
  8. 4 tangkai daun sup dihiris
  9. minyak masak dua sudu
  10. garam & lada sulah secukup rasa
  11. air mengikut keperluan
cara-cara:
  1. panaskan minyak
  2. tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau
  3. masukkan ayam dan gaulkan bersama bahan tumisan dan tggu sehingga ayam bertukar berwarna putih (separuh masak)
  4. masukkan lobak merah dan ubi kentang bersama sedikit air
  5. masukkan beras
  6. taburkan garam dan lada sulah dan tunggu sampai sedikit pekat (ala-ala stew)
  7. masukkan air sehingga menutupi semua bahan-bahan.
  8. kacau dan kawal api sehingga masak.
  9. setelah bubur hampir masak, taburkan daun sup sebagai pewangi bubur.
  10. hidangkan dan taburkan sedikit bawang goreng.
p/s: api hendaklah selalu dijaga. hendaklah selalu menggacau bubur agar tidak berkerak. kerak menyebabkan bubur pahit sedikit. elakkan menggunakan minyak yang sudah digunaakan. ini adalah untuk mendapatkan bubur yang putih. bukan hitam/kelabu seperti bubur lambuk sekirannya menggunakan minyak yang telah diguna pakai.



tadaaaa. haha hot from pot lagi tuh! :P





nak habaq ni!

haha sorry lah yer. i buat new blog which is not my second or third blog but this is my fifth blog that i have write:P haha terlalu banyak dugaan dan cabaran ketika menulis blog-blog terdahulu. ceeywah! eyh, menulis? menaip lah. huhu well, now disebabkan sekarang ni sem break so, i decided nak tulis blog so that i have "something" to do. dari dok menghadap facebook sampai lebam biji mata bermain games. tak pun stalk pictures dari kawan-kawan haha. jahat nyerrr kan? hopefully dengan ada nya blog terbaru ini, saya akan lebih berusaha maju dan berdaya saing! cewah! macam nak berperang jer. haha actually, ini semangat satu Malaysia lah. dah, dah jangan gelak!