haha memang tiada kerja. owh well, memasak memang tak dapat ditolak, ditambah, didarab, dan dibahagi dalam hidup saya. saya sudah lama suka memasak oleh kerana itu saya suka makanan. eyh bukan-bukan saya suka makan! owh yeah foood loverrs man! haha siot jer statement. jujur gila! tapi itu x bermakna lah saya gemar makan makannan yang sedap-sedap dan sesedap seperti ayam kayepchi or burger mekdunal. owh noo! dengan rempah nya yang sedap, sehingga menjilat jari! tak pun ia bakal membawa senyuma seperti clown mekdunal. hehe:D owh okay stop it! dah banyak merapu. ok now i nak revealed my secret when i cooked chicken rice. hehe hope u enjoy cooking as i do yaww! (untuk 5 orang makan)
bahan-bahan:
a) sup (gunakan periuk yang lebih besar)
1. 5 ulas bawang putih diblend
2. 1 1/2 biji bawang besar(merah) diblend
3. 3 inch halia diblend
4. 2 ulas buah pelaga
5. 2 ulas bunga cengkih
6. 1 ulas bunga lawang
7. 1 batang kayu manis
8. 1/2 ekor ayam dipotong kecil
9. 4 sudu besar minyak
10. Sedikit Garam kasar
11. 1/2 kiub ayam
12. Air panas (mencukupi untuk dibuat sup, nasi dan sos)
13. Daun sup dan tomato untuk tambahan rasa
b)nasi
1. 4 pot beras
2. 2 sudu besar margerin
3. 3 helai daun pandan di simpul
c)sos cili
1. 1 sudu besar cili boh
2. 1 sudu besar sos tomato
3. 2 sudu besar sos cili
d)ayam
- 1. Ayam dari sup ditoskan
- 2. Kicap manis
- 3. Kicap masin
- 4. Sos tiram
cara-cara:
a) sup
1. panas kan minyak. masukkan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. goreng hingga naik bau sedikit
2. masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Tumis hingga naik bau wangi bawang.
3. Masukkan ayam dan perap seketika.
4. Masukkan air panas. (ini mempercepatkan ayam dan sup masak)
5. Masukkan garam kasar dan kiub ayam (tolong rasa sup anda. Jangan tawar atau terlebih masin kerana akan effect ur nasi and sos)
6. Tunggu sehingga sup mendidih dan tutup api
b) nasi
- 1. Basuh beras dan toskan.
- 2. Cairkan margerin dan gorengkan sekali daun pandan didalam periuk nasi
- 3. Masukkan beras
- 4. Tuangkan sup sedikit-sedikit kedalam periuk nasi.
- 5. Ukur sehingga ia sama tinggi dengan beras. Pastikan sup sudah sejuk okay. Nanti kang melecur jari:P
- 6. Masak nasi seperti biasa menggunakan rice cooker
c)sos cili
- 1. Gorengkan cili boh tanpa minyak sehingga garing sedikit
- 2. Masukkan sos cili dan sos tomato
- 3. Bubuh sup mengikit cita rasa. Kalau nak sos banyak, letak bnyak sedikit sup. Kalau nak sedikit, letak sedikit.
- 4. Kacau sehingga mendidih
d)ayam
- 1. Masukkan ayam kedalam besen
- 2. Tuangkan sedikit kicap masin, manis dan sos tiram
- 3. Gaulkan
- 4. Perap selama 30 min
- 5. Goreng “deep fried”
Extra: tambahkan daun salad, tomato yang dipotong dan timun jepun(tak pahit)
taraaaatatatataaaaa, haha ini lah nasi ayam citarasa saya! :D
